Tuesday, January 1, 2013

Perlindungan Dari Sinaran UVA dan UVB


Di negara panas dan lembap seperti Malaysia, memang biasa kita lihat wanita menggunakan perlindungan matahari setiap hari meskipun mereka tidak berjemur atau bercuti di tepi pantai.

Ini disebabkan kedudukan Malaysia yang berada di garis Khatulistiwa menyebabkan kita menerima banyak pancaran cahaya matahari sepanjang tahun. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kita terdedah kepada pancaran ultra ungu (UV) yang banyak terutama pada waktu tengah hari.

Secara ringkasnya, pancaran UV adalah sebahagian daripada sinaran matahari yang dipancar melalui ruang angkasa dan sampai ke bumi dalam bentuk pancaran elektromagnet. 

Dalam spektrum UV, terdapat dua jenis pancaran ultra ungu iaitu UVA dan UVB, yang dikhuatiri oleh ahli dermatologi dan sains kerana pancaran berkenaan terbukti memberi kesan buruk kepada manusia, terutamanya apabila kulit terdedah dengan kerap dalam tempoh yang panjang. 

Bagaimanapun, pancaran UVA dan UVB itu mempunyai kesan negatif yang berbeza terhadap kulit. 

UVA biasanya dikenali sebagai ‘pancaran penuaan’ boleh meresap jauh ke dalam kulit dan akan menyebabkan kedutan pramatang serta pigmentasi. 

UVB pula dikenali sebagai ‘pancaran membakar’ yang merosakkan epidermis iaitu lapisan permukaan kulit dan menyebab- kan ia menjadi gelap menerusi inflamasi. 

Menurut kajian, 80 peratus daripada kerosakan akibat matahari terjadi di bahagian atas garis leher. Ini kerana muka sering terdedah kepada UV dan serangan alam sekitar yang berkait rapat dengan amalan gaya hidup seseorang. 

Selain itu, kulit di muka juga sememangnya lebih sensitif berbanding bahagian lain dan disebabkan itulah juga ia memerlukan perlindungan yang lebih. 

Untuk menunjukkan tahap penuaan kulit akibat radiasi UV, kaji selidik mengenai kulit yang dijalankan di Jepun pada 2001 menunjukkan bahawa wanita berumur 40 tahun di kawasan yang menerima pancaran matahari terik mempunyai kedutan muka sama dengan wanita berumur 48 tahun di kawasan yang kurang menerima pancaran matahari. 

Lebih menakutkan, wanita dalam kumpulan pertama itu juga mempunyai pigmentasi hiper yang menyebabkan kulit mereka 16 tahun lebih matang berbanding kumpulan kedua. 

Menetap di negara panas dan lembap seperti Malaysia juga menjadi faktor kepada keperluan pelindung matahari berbanding dengan mereka yang tinggal di negara sejuk. 

Menurut Global UVI1 (indeks ultraviolet), satu projek di bawah Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) yang dijalankan pada 2009, menunjukkan bahawa Malaysia terletak di kawasan ekstrem, yang mengalami pancaran UV antara 12.5 hingga 14.5 semasa langit cerah. 

Ini menjadikan kita lebih terdedah kepada kerosakan akibat UV dan kita tidak mempunyai pilihan tetapi perlu mendapatkan ‘perisai’ sepanjang masa pada waktu siang. 

Memahami keperluan berkenaan, Zarraz Paramedical telah mengeluarkan Sun Protection -SPF50 iaitu pelindung pancaran UVA dan UVB yang terbaik. Ia mengandungi 3 gabungan khasiat iaitu vitamin E, bunga matahari dan jojoba serta kandungan anthocyanins dan vitamin C yang tinggi dari buah raspberry sebagai bahan anti-oksida dan anti-kanser. 

Dapat melindungi kulit selama 500 minit untuk mencegah terjadinya garis halus, kedutan serta pigmentasi yang disebabkan oleh sinaran UV berkenaan. Paling istimewa ia juga tidak berminyak dan sesuai untuk dipakai oleh semua jenis kulit. 


SUN PROTECTION-SPF50
  • Diformulakan bersama Buah raspberry & Bunga Lili Putih.
  • Pertahanan kulit selama 500 minit di bawah pancaran cahaya ultra violet matahari.
  • 10x ganda anti-oxidant yang hebat berbanding buah tomato.
  • Membuatkan usia lebih muda 4 tahun dari usia kerana mempunyai bahan anthocyanins.
  • Menggalak pertumbuhan kulit baru. Menghilangkan freckles dan pigmentasi TANPA sakit & TANPA ada kesan buruk.
  • Kaya dengan  Glycolic acid & Ellagic acid (anti - cancer)
'BEAUTY IS RESPONSIBILITY'

No comments:

Post a Comment

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 019-3429729. SEGALA PERTANYAAN ANDA ADALAH AMAT DI ALU-ALUKAN DAN AKAN DILAYAN DENGAN HATI YANG TERBUKA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...